Header Ads

test

PEJABAT AGAMA, KUARI DIBENAR BEROPERASI


PEJABAT AGAMA, KUARI DIBENAR BEROPERASI 

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan pengoperasian beberapa sektor dan agensi mengikut keperluan terkini di Kedah. 

Pejabat Agama Islam di setiap daerah akan dibuka untuk urusan pendaftaran pernikahan dan urusan berkaitan.

Bahagian Pendaftaran dan Hasil di Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Daerah dan Tanah di daerah-daerah turut dibenarkan diberoperasi bagi menguruskan keperluan berkaitan perkuarian. 

Kuari pasir dan kuari batu di negeri ini diberikan kebenaran beroperasi bagi memastikan tiada gangguan kepada kerja-kerja infrasruktur awam yang sedang berjalan.

Ia mengambil kira keperluan bagi pembinaan kilang-kilang pelabur di Kulim High Technology Park (KHTP) dan beberapa kawasan industri lain di Kedah.

Semua hasil kuari yang dikeluarkan hanya terhad untuk kegunaan dalam negeri sahaja.

“Membenarkan operasi kuari batu dan kuari pasir untuk memastikan kerja-kerja infrastruktur awam yang sedang berjalan tidak mengalami gangguan selaras dengan SOP yang ditetapkan oleh MKN.

“Projek-projek lain yang perlu dielakkan daripada terganggu berikutan penutupan operasi kuari ialah pembinaan kilang-kilang oleh para pelabur di KHTP dan kawasan-kawsan industry,” ujarnya.

Mesyuarat exco itu turut mengambil maklum dan mengguna pakai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pelaksanaan ibadah korban yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam negeri Kedah.

Tambah Menteri Besar lagi, kerajaan negeri turut membuat permohonan pembukaan semula Pusat Jalur Lebar Komuniti. Ia bertujuan memastikan tiada keciciran berlaku kepada pelajar di luar bandar dalam mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

Tiada ulasan