Header Ads

test

TAHNIAH TPM DAN MENTERI KANAN LUAR NEGERI


UCAPAN TAHNIAH YAB MB KEDAH ATAS PELANTIKAN TIMBALAN PERDANA MENTERI & MENTERI KANAN LUAR NEGERI

Saya mewakili Kerajaan Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan pelantikan YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. 

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein atas pelantikan sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang juga akan mengetuai Kluster Keselamatan dan secara khusus akan membantu YAB Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagi pihak Kerajaan Negeri, pelantikan dua pemimpin ini dilihat menepati kewibawaan serta ketokohan mereka yang sudah terbukti, khususnya bagi membantu YAB Perdana Menteri menangani pelbagai isu berkaitan pandemik COVID-19.

Saya yakin langkah ini akan membawa impak yang lebih baik dalam peningkatan prestasi dan keupayaan kerajaan secara keseluruhan.

HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
7 Julai 2021

Tiada ulasan