Header Ads

test

GESA TINGKAT VAKSINISASI


GESA TINGKAT VAKSINISASI 

ALOR SETAR - Kerajaan negeri menggesa tindakan pemberian vaksin daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak 226,000 dos seminggu dengan kadar segera. 

Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, gesaan ini adalah disebabkan dengan peningkatan kes COVID-19 yang mencecah 1,852 sehari. 

"Kerajaan Negeri mengambil maklum akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang telah menzahirkan dukacita berkaitan peningkatan angka jangkitan pandemik COVID-19 di negeri ini. 

"Justeru mengharapkan tindakan segera daripada Kerajaan Persekutuan untuk memberikan bekalan vaksin 226,000 dos seminggu sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini," ujarnya di dalam kenyataan media mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah, di Seri Mentaloon, hari ini. 

Maklum Haji Sanusi, kadar vaksinasi di Langkawi hampir mencapai sasaran untuk pelaksanaan program ‘gelembung perjalanan’ atau ‘bubble travel’ bermula 1 September ini.

"Kerajaan Negeri optimis untuk membuka semula sektor pelancongan Langkawi bagi menghidupkan semula ekonomi penduduk tempatan," ujarnya lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah
#lindungdirilindungsemua 
#vaksƬncovid19

Tiada ulasan