Header Ads

test

ADUN SUNGAI LIMAU, KLPK SUMBANG BAKUL MAKANAN


ADUN SUNGAI LIMAU, KLPK SUMBANG BAKUL MAKANAN

YAN - Ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Sungai Limau turun padang menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 50 penduduk di empat kawasan dalam DUN Sungai Limau, semalam. 

Empat kawasan tersebut adalah Pulau Mas, Bukit Besar, Kampung Bahagia dan Sungai Dedap. 

Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Negeri Kedah (KLPK) turut bersama-sama dalam pemberian sumbangan ini. 

Bakul makanan disampaikan oleh ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Mohd Azam dan Pengurus Besar KLPK, Azizi Haji Ahmad.

Maklum Azizi, bantuan ini ditaja oleh House of Sayyidah Khadijah. 

Pemberian sumbangan ini mengikut SOP yang telah ditetapkan. Bakul makanan yang selebihnya diserahkan dan diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#covid19 
#kebajikan 

Tiada ulasan