Header Ads

test

KMC BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN RM645 RIBU


KMC BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN RM645 RIBU

Kedah Medical Centre (KMC) membuat pembayaran zakat perniagaan bernilai RM645,594.20 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Penyerahan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif KMC, Norhalida Abdullah kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Haji Zakaria Othman dan disaksikan oleh YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengerusi KMC.

Menurut catatan Syeikh Zakaria di laman Facobooknya, pembayaran zakat perniagaan KMC tahun ini merupakan antara yang tertinggi.
 
"Sukacita juga dimaklumkan mengikut rekod, tahun ini adalah antara pembayaran zakat perniagaan tertinggi oleh KMC kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah di samping kerjasama strategik lain yang telah kita jalinkan seperti Klinik Bergerak Asnaf LZNK yang kini telah digerakkan sebagai Pusat Vaksinasi Bergerak di seluruh negeri Kedah," jelas Syeikh Zakaria.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Haji Syed Yussof Syed Othman.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

Tiada ulasan