Header Ads

test

UNISHAMS DIPILIH SEBAGAI PPV AWAM DAERAH BALING


UNISHAMS DIPILIH SEBAGAI PPV AWAM DAERAH BALING

KUALA KETIL - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dipilih menjadi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang mula beroperasi semalam.

Pegawai Daerah Baling, Haji Mohd Shahadan Haji Abdullah berkata, pada hari pertama semalam, seramai 600 orang penduduk telah terpilih melalui aplikasi MYSejahtera. 

"Keseluruhan tiga PPV Awam yang beroperasi di Daerah Baling mampu mencapai 600 ke 1000 orang sehari termasuk satu klinik kesihatan dan mampu mencapai sasaran sebanyak 40 peratus daripada penduduk Baling. 

"Setakat hari ini sebanyak 33 ribu orang penduduk Baling telah menerima suntikan vaksin untuk dos yang pertama dan 15 ribu orang untuk dos kedua,” katanya dalam sidang media selepas membuat lawatan hari pertama di PPV Awam UniSHAMS, Bangunan CIFER A6 UniSHAMS di sini, semalam. 

Menurut Naib Censelor UniSHAMS, Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim, UniSHAMS merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pertama di negeri ini memikul tanggungjawab dibawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Daerah Baling.

"Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Negeri Kedah kini telah memasuki fasa kedua dan PPV Awam UniSHAMS dijangka akan menyantuni penduduk di sekitar bahagian Selatan Baling. Dianggarkan sebanyak 80 peratus dari jumlah komuniti setempat akan menerima suntikan vaksin menjelang penghujung bulan September 2021.

"Kerjasama melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah adalah satu inisiatif pihak UniSHAMS dalam usaha ‘Memasyarakatkan Universiti’,” ujar beliau.

Katanya, pihak pengurusan UniSHAMS berharap kerjasama yang mereka berikan ini dapat membantu pihak kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 serta mencapai imuniti kelompok dengan lebih baik.

"Kita harapkan dengan keluasan kampus UniSHAMS yang ada ini dan bangunan yang sesuai untuk dijadikan pusat vaksin harap dapat bantu hasrat kerajaan negeri dan juga hasrat Pegawai Daerah Baling untuk memastikan masyarakat Baling mendapat perlindungan segera yang mungkin," katanya lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#covid_19 
#vaksin
#ppvKedah
#BantuKedahMenang

Tiada ulasan