Header Ads

test

KXP BAKAL SIAP 2026


KXP BAKAL SIAP 2026

ALOR SETAR - Satu perjanjian dimeterai antara kerajaan negeri Kedah dan pihak swasta, Kumpulan ECK (ECK), di Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Alor Setar, hari ini.

Menerusi perjanjian itu, sebuah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) akan ditubuhkan sebagai pemilik dan pemaju projek Kulim International Airport (KXP). 

Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor, sebanyak 80 peratus pegangan ekuiti dalam SPV berkenaan dimiliki oleh ECK manakala bakinya milik kerajaan negeri menerusi syarikat subsidiari PKNK, KXP AirportCity.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ECK yang sudi menerima jalinan usahasama dengan kerajaan negeri merealisasikan projek mega yang begitu bermakna bagi negeri Kedah dan seluruh rakyatnya.

"Dalam jangkaan kami, projek KXP akan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang tahun 2026 dan setelah itu, insya Allah kita akan dapat melihat perubahan yang cukup besar dari segi lanskap ekonomi negeri Kedah," katanya.

Tambahnya lagi, dari segi ekonomi, kerajaan negeri yakin KXP mampu menjana peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri Kedah yang diunjurkan 7.5 peratus setahun berbanding 4.5 peratus pada masa ini.
 
"Lapangan terbang ini juga dijangka akan menyumbang kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) sebanyak RM1.186 bilion pada 2026. 
 
"Dalam usaha kerajaan negeri meningkatkan daya ekonomi rakyat, KXP menyediakan antara 15,000 hingga 18,000 peluang pekerjaan secara langsung untuk diisi oleh penduduk tempatan," kata Haji Sanusi. 

Beliau juga yakin KXP merupakan berita baik bagi penduduk negeri Kedah dan juga wilayah Utara iaitu KXP akan dijadikan hab penerbangan haji dan umrah khususnya bagi penduduk Utara Semenanjung.  
 
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan ECK, Tan Sri Dato’ Dr. Khor Eng Chuen, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Haji Syed Yussof Syed Othman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KXP AirportCity Holdings Sdn.Bhd. (KXP AirportCity), Nur Salman Saad.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semu”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MBKedah

Tiada ulasan