Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


WARIS MANGSA TRAGEDI KEPALA AIR TERIMA FAEDAH PERKESO YAN - Menteri Besar Kedah, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan Faedah PERKESO kepada waris Allahyarham Sharuzi Mohamad yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai. Arwah meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Arwah Sharuzi hilang dibawa arus kepala air ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya, Jerai Hill Resort sebelum ditemui pasukan penyelamat 18 Ogos, semalam. Haji Sanusi memaklumkan beliau bersama Pegawai Daerah Yan sempat melawat beberapa lokasi pencarian termasuk tempat operasi pencarian arwah Sharuzi dibuat. "Arwah menaiki motosikal bersama beberapa rakan sekerja lain dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Rakannya yang menaiki motosikal lain terselamat namun cedera. Arwah dihanyutkan oleh arus deras kepala air itu, ditemui sekitar jam 10.30 malam tadi dibawah timbunan kayu-kayu. "Saya telah hadir ke tempat operasi malam tadi bersama Pegawai Daerah Yan untuk melihat usaha mencari dan menyelamat oleh pasukan bomba," ujar Haji Sanusi. Arwah Sharuzi yang merupakan pencarum PERKESO layak menerima Faedah Pengurusan Mayat serta Faedah Orang Tanggungan setelah disahkan terlibat dalam bencana kerja mengikut Seksyen 24 Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969. Balu menerima RM2,000.00 bagi Faedah Pengurusan Mayat manakala Faedah Orang Tanggungan akan dibayar secara berkala sepanjang hayat. Anak-anak arwah Sharuzi pula akan menerima Faedah Orang Tanggungan yang turut dibayar secara berkala sehingga berumur 21 tahun atau sehingga tamat ijazah pertama. Dalam sidang media yang sama, Menteri Besar memaklumkan dengan perisytiharan Daerah Yan dan Kuala Muda sebagai Kawasan Bencana Tahap 1 di bawah Arahan Tetap Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, agensi dan jabatan dibawah Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri boleh membuat perbelanjaan khas akan membangunkan semula kawasan terlibat dengan bencana. Tambahnya lagi, satu pertemuan khas bersama Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan diadakan malam ini bagi berunding untuk bantuan dari agensi dibawahnya seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah dalam kejadian bencana tersebut. Turut hadir, Mohamad Haron Othman, Pengarah PERKESO Negeri Kedah, Pegawai Daerah Yan, Y.M Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah serta wakil pihak Skuad Perkeso Prihatin Negeri Kedah (Alor Setar dan Sungai Petani). #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MBKedah #Perkeso -UPDA 8/19/2021, 10:17:44 PM 

Tiada ulasan