Header Ads

test

NADMA HULUR BANTUAN MANGSA BENCANA KEPALA AIR ALOR SETAR – Kerajaan akan menghulurkan bantuan RM5000 kepada keluarga mangsa yan...


NADMA HULUR BANTUAN MANGSA BENCANA KEPALA AIR ALOR SETAR – Kerajaan akan menghulurkan bantuan RM5000 kepada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dalam bencana tersebut dan urusan pendaftaran keluarga yang terjejas akan diuruskan oleh Pejabat Daerah Yan dan Pejabat Daerah Kuala Muda. Namun, keluarga yang terjejas turut dinasihatkan untuk membuat laporan polis terlebih dahulu sebagai langkah awal. Kerajaan turut akan menyampaikan bantuan tunai RM500 kepada setiap keluarga yang terkesan dalam bencana kepala air daripada Gunung Jerai dan banjir lumpur. Bantuan tersebut bagi membantu urusan pembersihan lumpur kawasan rumah dan kerja-kerja penggantian sebahagian peralatan asas rumah. Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan perkara tersebut setelah mengadakan perbincangan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) malam tadi. "Setelah berbincang dengan NADMA malam ini, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk memberikan bantuan tunai RM500 (Lima Ratus Ringgit) bagi setiap keluarga yang terkesan dengan tragedi 'kepala air' di Daerah Yan dan Kuala Muda," ujarnya. Menurut Haji Sanusi, daripada laporan awal yang diterimanya, lebih 200 rumah di Kuala Muda (Tupah) dan sekitar 800 buah di Yan yang terlibat dengan bencana itu. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA #MBKedah #nadma -UPDA 8/20/2021, 10:32:13 AM 

Tiada ulasan