Header Ads

test

PM HULUR SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MANGSA BENCANA


PM HULUR SUMBANGAN KEPADA KELUARGA MANGSA BENCANA 

YAN - Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menghulurkan sumbangan peribadi kepada enam keluarga yang kematian ahli keluarga dalam tragedi bencana kepala air.

Mangsa bencana yang terkorban tersebut adalah Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, Zahinor Murad, 65, Ahmad Din, 64, Sharuzi Mohamad, 53, Ku Shuib Ku Abdullah, 91 dan Ridhwan Poniman, 61 yang baru ditemui pagi tadi. 

"Melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerajaan meluluskan RM500 kepada setiap keluarga yang terkesan akibat daripada bencana ini dan keluarga mangsa yang meninggal akibat bencana akan diberikan sebanyak RM5000," ujar beliau dalam sidang media ketika lawatan beliau ke Kedah, di sini, hari ini. 

Maklum beliau, Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperuntukan RM3 juta bagi membaik pulih rumah mangsa akibat bencana ini.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MBKedah
#pm9 
#lawatankerja

Tiada ulasan