Header Ads

test

KERAJAAN PUSAT LULUS RM75 JUTA BANTU YAN, MERBOK


KERAJAAN PUSAT LULUS RM75 JUTA BANTU YAN, MERBOK

YAN - Kerajaan Persekutuan meluluskan RM75 juta bagi membaik pulih sekitar Yan dan Merbok yang mengalami bencana banjir kilat pada 18 Ogos baru ini. 

Menurut Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan tersebut termasuk RM50 juta menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer. 

"Menaik taraf sistem saliran berjumlah RM5 juta, bina dua jambatan baru sebanyak RM23 juta, pembinaan empangan Sabo berjumlah RM20 juta bermakna semua RM48 juta untuk sistem saliran. Peruntukan Loji Rawatan Air (LRA) Tupah sebanyak RM2 juta. Di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air RM50 juta. 

"Keperluan lain seperti baik pulih infrastruktur Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pelancongan desa, pembaikan infrastruktur air masyarakat, membaik pulih kerosakan kawasan tanaman padi, infrastruktur kecil seperti perbaik jalan dan lain-lain berjumlah RM25 juta," ujar beliau. 

Beliau berkata demikian dalam lawatan kerja rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri hari ini dengan meninjau dan menziarahi penduduk terjejas dalam tragedi banjir lumpur di Yan, di sini.

"Saya harap peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri Kedah ini dapat membantu menyelesaikan isu yang timbul akibat daripada limpahan air ini kita dapat lakukan dengan segera.

"Saya mahu kerja-kerja membaik pulih ini disegerakan kerana ia melibatkan infrastruktur, kalau lambat baiki akan menyebabkan kerosakan lebih teruk sekali gus menjamin kebajikan penduduk yang terjejas ini,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar,YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah
#bencanayan

Tiada ulasan