KERAJAAN KELANTAN SUMBANG RM50 RIBU, KEPERLUAN ASAS MANGSA BENCANA
KERAJAAN KELANTAN SUMBANG RM50 RIBU, KEPERLUAN ASAS MANGSA BENCANA
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan bencana banjir kilat akibat fenomena kepala air sebanyak RM50,000 bersama kelengkapan asas rumah seperti periuk nasi elektrik, kain telekung dan cecair sanitasi tangan.
Penyerahan sumbangan tersebut diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita,YB Dato' Hajah Mumtaz Md. Nawi kepada Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasminya Seri Mentaloon, pagi tadi.
"Kita turut sumbang 300 unit periuk nasi elektrik, 350 pasang kain sembahyang (telekung) dan cecair sanitasi tangan yang isipadunya 150 ml sebanyak 1200 unit," ujar YB Hajah Mumtaz.
YB Dato' Hajah Mumtaz turut menzahirkan rasa simpati ke atas mangsa tragedi terbabit.
Tambahnya lagi, sumbangan itu merupakan tanda keprihatinan, empati dan persaudaraan daripada rakyat serta NGO yang menyumbang.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hajah Halimaton Shaadiah Saad, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MBKedah
Post a Comment