Header Ads

test

PIKAT SANTUN MANGSA FENOMENA KEPALA AIR


PIKAT SANTUN MANGSA FENOMENA KEPALA AIR

YAN- Pertubuhan Isteri-isteri Wakil Rakyat Kedah (PIKAT) turut tampil menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terbabit fenomena kepala air di Kampung Telok Mat Acheh.

Pengerusi PIKAT, Hajjah Jusmalailani Jusoh yang juga isteri Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor turun padang menzahirkan rasa simpati atas dugaan serta musibah yang menimpa mereka.

Seramai 40 penduduk menerima sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian termasuk dapur gas, tong gas, tilam, bantal dan beberapa barangan lain.

Selain itu, Syarikat Smart Modular Technologies dari Pulau Pinang turut menyumbang barangan keperluan asas.

Hajjah Jusmalailani sempat meluangkan masa menziarahi tiga buah rumah penduduk di Kampung Telok Mat Acheh.

Terdahulu PIKAT diberi taklimat di Pusat Pengumpulan Bantuan di Dewan Masjid Wustha, Guar Chempedak.

Rombongan turut meninjau keadaan beberapa chalet yang musnah dilanda banjir kepala air dan melawat sekitar Pusat Rekreasi Titi Hayun.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#PIKATKedah

Tiada ulasan