Header Ads

test

SEMUA AGENSI, JABATAN DIGERAKKAN BANTU OPERASI BENCANA YAN


SEMUA AGENSI, JABATAN DIGERAKKAN BANTU OPERASI BENCANA

YAN - Semua agensi dan jabatan telah digerakkan bagi membantu mangsa bencana banjir lumpur yang disebabkan fenomena ‘kepala air’ yang turun deras dari puncak Gunung Jerai, semalam.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam sidang media dalam lawatan beliau di lokasi kejadian memaklumkan Bilik Gerakan peringkat Daerah dan Negeri turut diaktifkan.

Sehingga kini, dua pusat pemindahan dibuka oleh PKOB Daerah Yan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (SMKAY) dan Sekolah Kebangsaan Teroi (SK Teroi). 60 mangsa ditempatkan di SMKAY manakala 14 mangsa yang positif COVID-19 dan 45 mangsa yang menjalani kuarantin ditempak di SK Teroi.

Tambah Menteri Besar, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berhampiran seperti Majlis Daerah Pendang, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Daerah Sik bakal digerakkan bagi membantu membersihkan kawasan, pemindahan dan logistik.

Ulasnya lagi, bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diperoleh dan disalurkan dalam kadar segera. Syarikat Air Darul Aman (SADA) turut akan menghantar bekalan air ke kawasan yang terputus bekalan air.

Beliau turut mengalu-alukan sebarang bantuan individu perseorangan mahupun NGO dan perlu diserah kepada pihak PKOB bagi memastikan SOP terkawal dan penyerahan bantuan tersusun.

Menteri Besar mengucapkan takziah kepada semua yang terlibat dan mengingatkan agar menjaga keselamatan walaupun banjir lumpur makin surut.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MBKedah

Tiada ulasan