Header Ads

test

TIADA SALAH GUNA KUASA DALAM PROJEK LITAR LANGKAWI


TIADA SALAH GUNA KUASA DALAM PROJEK LITAR LANGKAWI

ALOR SETAR - Menteri Besar menafikan tuduhan bahawa kerajaan negeri menganugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion kepada mana-mana pihak. Tuduhan itu disifatkan propaganda politik yang dimainkan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Sungai Siput, Indrani Selvakumar.

“Kerajaan berpandangan ahli PKR itu yang membuat tuduhan salah guna kuasa dalam penganugerahan projek kerajaan negeri kepada syarikat itu adalah tidak cermat dan hanyalah satu propaganda politik,” ulas Haji Sanusi.

YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata projek litar lumba yang akan dibangunkan di Langkawi itu adalah hasil kerjasama antara Pemodalan Kedah Berhad (PKB) yang merupakan pemilik tanah dengan Open Road Asia Sdn Bhd sebagai pelabur.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Indrani berkaitan mengapa syarikat yang tokoh utamanya telah diisytihar muflis dan pernah didakwa oleh Suruhanjaya Sekuriti telah dipilih mengendalikan projek bernilai tinggi, Haji Sanusi memaklumkan kerajaan negeri tidak terlibat dengan urusan dalaman syarikat tersebut dan rundingan dibuat antara dua syarikat bukannya antara individu.

“Tuduhan daripada pihak yang didakwa ahli parti PKR Sungai Siput bahawa terdapat individu tertentu yang didapati muflis terbabit dalam syarikat swasta tersebut adalah urusan syarikat itu yang tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri Kedah,” ujar beliau.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 

Tiada ulasan