Header Ads

test

UCAPAN PENGHARGAAN MB KEPADA PERDANA MENTERI


UCAPAN PENGHARGAAN DARIPADA YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Yang Berhormat Dato’ Paduka Amar bin Dato’ Sheikh Mahmood Naim
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah

Yang Berusaha Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian
Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah

 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya atas kelancaran dan kejayaan program lawatan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ke negeri kita semalam.

 2. Semua ini sudah tentu tidak akan dapat dicapai jika bukan kerana kerja keras Yang Berhormat Dato’ Paduka, Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua yang telah menunjukkan komitmen begitu tinggi sedari awal hingga program berakhir lewat petang.

 3. Ucapan terima kasih mungkin tidak memadai namun jauh di sudut hati saya berasa begitu terhutang budi, menghargai malah mengkagumi apa yang telah Yang Berhormat Dato’ Paduka, Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan laksanakan untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

 4. Bencana yang melanda negeri kita sememangnya amat menyedihkan namun kesediaan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri memilih Kedah untuk melakukan lawatan rasmi yang pertama beliau selaku Perdana Menteri sebenarnya adalah suatu sejarah buat kita semua.

 5. Namun sejarah yang lebih membanggakan saya ialah komitmen jitu semua pegawai tadbir Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk menjayakan program ini.

 6. Semoga semangat kerja berpasukan, bertanggungjawab untuk melaksanakan yang terbaik, yang telah ditunjukkan akan sentiasa menjadi pegangan dan amalan dalam kerja buat kita sehari-hari dalam menunaikan amanah untuk negeri dan negara. 

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,

HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

24 Ogos 2021

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MediaMBKedah 
#MBKedah

Tiada ulasan