Header Ads

test

HSAH TERIMA 8 MESIN OKSIGEN


HSAH TERIMA 8 MESIN OKSIGEN 

SUNGAI PETANI- Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menerima sumbangan lapan mesin oksigen (Oxygen Concentrator) daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kedah yang bernilai RM40,000, semalam. 

Sumbangan ini disampaikan oleh Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Suhaimi Saad kepada Pengarah HSAH, Dr. Azlina Mohamad Radzi di lobi HSAH, semalam. 

Dato' Dr Mohd Hayati Othman merakamkan ribuan terima kasih kepada PAPISMA atas sumbangan yang diberikan ini. 

Turut hadir, Timbalan Pengarah III, Dr Azurin Chan Mohd Mansor.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#covid19
#lindungdirilindungsemua

Tiada ulasan