Header Ads

test

KEDAH TEMPAT ORANG MISKIN BERTEDUH, ORANG KAYA BERBAKTI


KEDAH TEMPAT ORANG MISKIN BERTEDUH, ORANG KAYA BERBAKTI

“Antara kata-kata awal menjadi Menteri Besar dulu adalah ingin menjadikan Kedah sebagai negeri orang miskin berteduh dan tempat orang kaya berbakti.

“Aktiviti kemanusiaan, bantu membantu, memberi tenaga, kepakaran dan bermacam lagi untuk meringankan bebanan yang menimpa penduduk sekitar Gunung Jerai (Yan dan Merbok) yang dilanda banjir dalam fenomena kepala air 18 Ogos lalu menggambarkan kenyataan awal saya itu.

“Orang Yan, Merbok dalam kesusahan, orang Johor, Pulau Pinang, Pahang, Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Kelantan, Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan lain-lain yang kaya datang tanpa kita undang untuk membantu.

“Ini yang kita harapkan. Inilah gaya hidup yang perlu ada dalam negara ini.

“Memang bukan semua orang suka kita, yang tak suka sanggup fitnah kita macam-macam.

“Kalau kita baik, orang akan terus bantu kita.”
 
Petikan ucapan YAB MB, Haji Muhammad Sanusi Md. Nor, di Dusun Manggis, Yan, sempena majlis Sumbangan Wang Tunai dan Bakul Makanan kepada keluarga mangsa yang terkorban, mangsa banjir dan beberapa sekolah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#MediaMBKedah
#MBKedah

Tiada ulasan