Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI BANTU URUS JENAZAH SECARA PERCUMA ALOR SETAR


KERAJAAN NEGERI BANTU URUS JENAZAH SECARA PERCUMA

ALOR SETAR – Kerajaan negeri membantu keluarga mangsa COVID-19 dari segi pengurusan jenazah secara percuma.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman berkata, pengurusan jenazah ini diurus oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kerajaan Persekutuan pula membantu dari segi sumbangan khairat kematian berjumlah RM5000 seorang daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada keluarga yang kematian ahli keluarganya disebabkan oleh COVID-19. Permohonan ini boleh dilakukan oleh ahli keluarga mangsa dan dihantar terus kepada NADMA untuk diproses,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada ADUN Suka Menanti, YB Dato’ Zamri Yusuf di Persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Keempat kali ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.
Maklumnya lagi, penjaga kanak-kanak yang kematian ibu bapa akibat COVID-19 dan hilang punca pendapatan perlu berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah untuk mendapatkan bantuan.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan