Header Ads

test

LANGKAWI BAKAL DIBUKA PERTENGAHAN SEPTEMBER

 


YAN - Kerajaan negeri menjangkakan pembukaan semula sektor pelancongan di Langkawi pada 16 September ini sempena Hari Malaysia.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembukaan sektor itu bergantung kepada jumlah kes harian di pulau peranginan tersebut.

"Saya bermesyuarat khas kelmarin dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi memohon nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) tentang tarikh pembukaan Langkawi.

"Pembukaan itu bergantung sepenuhnya kepada laporan kemajuan yang akan disediakan JKN Kedah dan kita jangka Langkawi dibuka pada 16 September ini sempena Hari Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa lawatan ke Pusat Operasi Bencana Yan Perikatan Nasional di Kampung Acheh, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), MKN dan JKN Kedah bagi membolehkan industri pelancongan di Langkawi dibuka semula.

Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang telah meluluskan peruntukan RM2.8 juta bagi membaik pulih tanaman para petani dan pesawah akibat banjir lumpur baru-baru ini.

"Terima kasih kepada semua yang menyumbang dalam bencana ini dari hari pertama sehingga ke hari ini yang tidak putus-putus dengan kehadiran orang ramai untuk menghulurkan bantuan," ujarnya lagi.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarul Aman

#UPDA 

#MBKedah

Tiada ulasan