Header Ads

test

BAGAIMANA JALUR GEMILANG DICIPTA?


BAGAIMANA JALUR GEMILANG DICIPTA?

Ia bermula pada tahun 1949 melalui penubuhan jawatankuasa atas persetujuan Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menimbang dan membuat perakuan berkaitan reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Sehubungan itu, satu pertandingan merekacipta bentuk bendera telah diadakan pada tahun 1949 dibawah anjuran Majlis Perundangan Persekutuan. Pertandingan telah disertai seramai 373 karyawan dan tiga daripada rekaan telah terpilih untuk ke peringkat akhir. 

Reka bentuk ketiga-tiga bendera mengandungi unsur yang sama iaitu unsur bintang. Rekaan pertama mempunyai keris bersilang di tengah dan dikelilingi 11 bintang pecah lima. Rekaan kedua hampir menyamai rekaan pertama hanya berbeza dengan 11 bintang pecah lima disusun dalam dua bulatan. Manakala yang ketiga mempunyai bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri dikelilingi 11 jalur merah putih.

Pendapat dan undian orang awam telah dikelola oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan keputusan telah diumum melalui akhbar The Malay Mail pada 29 November 1949. 

Rekacipta ketiga yang dicipta oleh seorang arkitek kerajaan Johor bernama Encik Mohamed bin Hamzah telah mendapat keputusan majoriti dan dipilih sebagai Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
#jalurgemilang
#merdeka64

Tiada ulasan