Header Ads

test

PERATUS PENGGUNAAN KATIL ICU KEDAH MASIH TINGGI ALOR SETAR


PERATUS PENGGUNAAN KATIL ICU KEDAH MASIH TINGGI

ALOR SETAR - Kadar penggunaan katil hospital di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang masih tinggi, adalah antara faktor Kedah masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) walaupun telah melepasi 40 peratus kadar vaksinasi.
Kelmarin, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyiapkan satu unit modular ICU di Hospital Sultan Abdul Halim dengan penambahan 10 katil.
“Sebenarnya kita telah melepasi nilai ambang dari segi vaksinasi, permasalahan sekarang untuk kita beralih ke PPN fasa dua adalah kadar penggunaan katil ICU. Jadi saya mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tambah katil ICU.
“Bila tambah katil peratusan kepada penggunaan akan menurun. Bila turun bawah 70 peratus, kita akan masuk fasa dua. Masalahnya sekarang ini kita berada dalam 80 peratus penggunaan katil ICU,” ujar beliau kepada sidang media selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Keempat di Wisma Darul Aman, hari ini.
Beliau turut mengumumkan, kerajaan membuka peluang kepada usahawan yang terjejas akibat COVID-19 ini untuk memohon Skim Pinjaman Mikro Kredit (SPMK) di bawah Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK).
“Kerajaan Negeri akan lancar pinjaman mudah untuk peniaga kecil yang terjejas mulakan balik perniagaan dengan maksimum pinjaman RM5,000 dan minimum RM3,000,” ujarnya.
Jelasnya lagi, peminjam perlu mempunyai sijil yang berdaftar dan boleh layari https://isejahtera.kedah.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lanjut.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan