Header Ads

test

RINGKASAN KHUTBAH JUMAAT MB


Ringkasan Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md. Nor di Masjid Zahir Alor Setar. 

(KELUARGA MALAYSIA)

1) Pandemik COVID-19 ini merupakan isu bersama antara pemimpin dan rakyat jelata.

"Dengan gabungan perhatinan pemimpin dan rakyat yang sentiasa patuh, insya-Allah, Allah akan keluarkan kita dari pandemik ini sebagai negara yang merdeka daripada pandemik yang mencengkam dunia pada hari ini".

2) Warga yang disahkan positif COVID-19 mestilah berkuarantin dengan penuh tanggungjawab.
 
"Saya mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada rakan-rakan yang positif COVID-19 serta diperintahkan kuarantin diri di rumah untuk kekal di rumah masing-masing. Tidak boleh keluar dari rumah sesuka hati. Walaupun kita merasa sihat, tapi sebenarnya kita sedang membawa satu virus. Walaupun pada kita tidak membahayakan, tetapi apabila ia tersebar kepada orang lain yang mempunyai sakit kronik, ia boleh membahayakan mereka". 

3) Usaha dari kerajaan ini memerlukan kerjasama dan kebersamaan yang tinggi dari seluruh anggota rakyat Malaysia.

 وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا 
 عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Maksudnya - "Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan" - Surah al-A'raf ayat 96

4) Rakyat dan pemimpin yang taat dan bertaqwa kepada Allah menjadi faktor keberkatan dan kesejahteraan sesebuah negara. 

5) Konsep 'Keluarga Malaysia' ini bermatlamat untuk bersama-sama mengembleng tenaga dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi merawat dan memulihkan tanah air kita. 

6) Justeru, marilah sama-sama kita semua tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan kaum serta perbezaan politik khususnya di negeri Kedah ini menumpukan daya dan usaha untuk memulihkan negara kita dari COVID-19.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah
#khutbahjumat

Tiada ulasan