Header Ads

test

17 TUKUN KONSERVASI DILABUHKAN DI PULAU PAYAR


17 TUKUN KONSERVASI DILABUHKAN DI PULAU PAYAR

KUALA MUDA - Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor merasmikan Program Melabuhkan 17 Tukun Tiruan (Konkrit) di sekitar Pulau Segantang yang berada dalam Taman Laut Pulau Payar, di sini, hari ini. 

Menurut penyelidik daripada Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT), Muhammad Irfan Ahmad Hanizar yang dihubungi berkata, tukun tiruan yang dilabuhkan akan menjadi perumah atau habitat baru bagi pelbagai jenis ikan, tumbuhan karang dan hidupan marin yang lain. Ia juga turut menjadi tempat pembiakan pelbagai spesies ikan.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi memaklumkan bahawa Jabatan Perikanan telah membuat kajian ke atas 83 tapak tukun dan mendapati 129 hingga 1,647 kilogram biomass ikan direkodkan dengan anggaran nilaian tertinggi RM84,759.60.

"Tukun konservasi yang dilabuhkan tadi dijangka akan memberi manfaat kepada 10,981 nelayan melalui kesan limpahan ikan,"ujar beliau. 

Katanya lagi, kerajaan negeri dan Jabatan Perikanan akan melaksanakan peraturan baru demi memulihara biodiversiti Taman Laut Pulau Payar.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah 
#pulausegantang

Tiada ulasan