Header Ads

test

LIMA PESERTA TERIMA BANTUAN AWAL PERNIAGAAN


LIMA PESERTA TERIMA BANTUAN AWAL PERNIAGAAN

POKOK SENA – Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Romani Wan Salim menyerahkan sumbangan bantuan awal perniagaan secara pandu lalu kepada lima orang peserta JomNiaga@NCER yang telah tamat menjalani kursus, baru-baru ini.
Katanya, empat peserta yang menerima sumbangan tersebut merupakan peserta kursus dandanan rambut dan seorang daripada mereka telah menjalani kursus terapi.
“Di musim pasca pandemik ini, saya melihat bantuan sebegini sangat membantu para peniaga yang baru mula melangkah untuk memajukan perniagaan mereka ketika ini.
“Kegigihan empat pelatih ini harus dicontohi oleh semua pelatih yang sedang mengikuti beberapa pakej latihan di sediakan kerajaan” katanya.
Maklumnya lagi, program Jomniaga@NCER ini adalah salah satu inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
“Melalui pakej ini para peserta akan mengikuti beberapa sesi kursus pendek dan di akhir kursus, peserta akan diberikan bantuan peralatan bagi memulakan perniagaan,” kata beliau lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan