Header Ads

test

BANJIR KILAT, 15 KELUARGA DIPINDAHKAN




BANJIR KILAT, 15 KELUARGA DIPINDAHKAN

SIK – Seramai 61 mangsa terdiri daripada 15 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gulau selepas rumah mereka dinaiki air, semalam.
Banjir kilat yang berlaku akibat hujan lebat berterusan selama lebih dua jam itu membabitkan Kampung Landai, Kampung Melaka dan Kampung Pinang.
Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor hadir menziarahi mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan.
"Banjir ini memang kita tak tau, bila dia (banjir) nak mai, saya harap kita semua bersabar atas ujian Allah ini dan saya minta kita pakat patuh arahan yang diberikan oleh Jawatankuasa Pusat Pemindahan Sementara ini,” ujar beliau.
Menurut Penghulu Mukim Sik, Muhammad Shamil Roslee, ini merupakan kali pertama pembukaan PPS sejak beliau berkhidmat.
Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik, Haji Shamsul Izrin Isahak.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan