Header Ads

test

UCAPAN SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 64 YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN


UCAPAN SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 64 YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Assalammualaikum Warrahmatullahi taala Wabarakatuh

Apa makna kemerdekaan bagi kita? Adakah ia semata-mata membawa maksud bebas daripada penjajahan?

Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka, yang sudah 64 tahun usia kemerdekaannya kita perlu menghayati makna sebenar kemerdekaan.

Ia tentunya bukan sekadar retorik atau semata-mata pengkisahan semula peristiwa yang pernah ada dalam lembaran sejarah.

Itu tidak cukup untuk memastikan pengisian akan makna dan nilai kemerdekaan yang sebenar dapat kita terapikan dalam hati sanubari setiap anak bangsa.

Dari masa ke masa, generasi bertukar ganti. Mereka yang dahulu pernah hidup dalam era penjajahan, sudah lama 'pergi'.

Demikian juga mereka yang pernah berjuang, bersabung nyawa menentang penjajahan, kebanyakannya sudah tidak ada lagi.

Justeru, dalam tangan kitalah, anak-anak merdeka dipertaruhkan warna dan kesedaran. Bagaimana kita mahu mencorakkan tanah air tercinta ini pada masa hadapan?.

Erti kemerdekaan yang sebenar adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda setiap orang.

Kesedaran harus dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk dengan empat aspek teras iaitu, agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.

Ini amat penting kerana walaupun negara kita sudah 64 tahun merdeka namun pada zaman ini, ancaman penjajahan adalah dalam bentuk baharu.

Ancaman budaya dan pemikiran yang dipacu olh kepesatan perkembangan teknologi adalah penjajahan bentuk baharu yang tidak 'divaksin' dengan kesedaran empat teras itu, boleh membawa bangsa dan negara kita terjajah semula.

Untuk itu, sama-sama lah kita hayati makna kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar, dan terjemahkan penghayatannya dalam sikap dan amalan kita menepati ciri-ciri seseorang yang merdeka.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 64.

'Malaysia Prihatin'
'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua'

Sekian, wabillahhi taufiiq Wal Hidaayah. Wassalammualaikum Warrahmatullahi Talaa Wabarokaatuh.

Salam hormat,
MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Menteri Besar Kedah Darul Aman
31 Ogos 2021

#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA 
#MBKedah
#merdeka 
#merdeka64

Tiada ulasan