Header Ads

test

126 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN

 








126 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN

PENDANG – Seramai 126 penduduk daripada 32 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Rakan Sukan Tanah Merah akibat banjir, semalam.

Ahli Parlimen Pendang, YB Awang Hashim berkata Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pendang bersiap siaga dengan keperluan yang diperlukan dan terus diagihkan kepada mangsa.

Katanya, antara kampung yang terlibat Kampung Sukamari, Kampung Batu 16, Kampung Seberang Pendang, Kampung Tok Pauh, Kampung Alor Ali, Kampung Tanah Merah Dalam, Kampung Banggol Besi, Kampung Alor Punti dan Kampung Tanjung Radin.

Maklumnya, hujan lebat melebihi dua jam sejak Khamis lalu dan menyebabkan air melimpahi sungai secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat berlaku.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan