Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH RAI MASYARAKAT INDIA SEMPENA DEEPAVALI

 









KERAJAAN KEDAH RAI MASYARAKAT INDIA SEMPENA DEEPAVALI

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM135 ribu bagi penyediaan hamper sempena menyambut Hari Deepavali kepada masyarakat India. Agihan akan dibuat melalui Penyelaras DUN, Pusat Khidmat DUN dan NGO-NGO yang terpilih.

YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor meluangkan masa menyampaikan hamper makanan tradisi kaum India dan wang saguhati kepada 20 penerima dari DUN Anak Bukit sebagai simbolik penyerahan di Wisma Darul Aman hari ini.

"Kita masih di Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), saya harap Deepavali kali ini dirayakan dengan sederhana dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam dan Cina, YB Robert Ling Kui Ee, Pegawai Khas Kaum India, Kumaresan BK dan Penyelaras DUN Anak Bukit, Mohammad Rashidi Abdul Razak.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua''

Tiada ulasan