Header Ads

test

PAJAKAN PULAU PINANG, KEDAH TUNTUT RM100 JUTA


PAJAKAN PULAU PINANG, KEDAH TUNTUT RM100 JUTA

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi pajakan negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tuntutan ini merupakan permohonan yang akan dimasukkan dalam Bajet 2022.

Maklumnya, selama ini Kedah hanya menerima bayaran khas sebanyak RM10 juta setahun bermula 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun.

“Saya telah dimaklumkan oleh Sultan Kedah bahawa baginda sudah beberapa kali menyuarakan hal ini semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kepada Kerajaan Persekutuan, baginda juga telah membekalkan dokumen perjanjian berkaitan pajakan Pulau Pinang kepada Kerajaan Persekutuan.
"Pada 2018 tiada ada asas apa-apa Kerajaan Persekutuan beri RM10 juta. Ia bukan nilai tapi diberi penambahan RM10 juta daripada RM10,000 berdasarkan nilaian semasa yang tidaklah begitu rigid.
"Kita mohon dipertimbangkan RM100 juta dan saya fikir kalau minta Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta membuat satu penilaian yang terperinci tentang pajakan negeri Pulau Pinang dan Seberang Prai, saya fikir nilai semasa bukan RM100 juta tapi mungkin RM400 hingga RM500 juta setahun, jadi kita mohon pertimbangkan RM100 juta setahun," ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, semalam.

Tambah beliau lagi, nilaian RM10,000 buat masa sekarang adalah nilai yang tidak releven.

"Sebelum ini mengikut perjanjian royalti pajakan Pulau Pinang perlu dibayar mengikut nilai 10,000 dolar Sepanyol namun selepas merdeka, British tidak menepati perjanjian itu dan dilakukan pembayaran mengikut ringgit Malaysia hingga sekarang.

"Jumlah ini tidak munasabah satu negeri bayar RM10,000 setahun, bagi Kerajaan Persekutuan RM100 juta itu kecil, pulangan (hasil kerajaan) yang diperolehi Pulau Pinang pun besar," katanya.
Jelasnya lagi, nilai RM100 juta itu sangat besar bagi Kedah dan permintaan ini adalah satu realiti berdasarkan sejarah.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"



Tiada ulasan