Header Ads

test

iCON BAKAL LAHIR LEBIH RAMAI USAHAWAN LUAR BANDAR









iCON BAKAL LAHIR LEBIH RAMAI USAHAWAN LUAR BANDAR

ALOR SETAR – Pusat Ekonomi dan Komuniti Bersepadu (iCON) di bawah Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA) dijangka memberi manfaat kepada 600 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan dan mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu di Negeri Kedah.

Pelancaran iCON merupakan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SSK) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Majlis Pelancaran iCON Yan dan Baling ini diadakan secara atas talian bersama pihak Kerajaan Negeri Kedah.

Selaras dengan tema Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12), iCON adalah sebuah Pusat Kegiatan Ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

Menurut Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dalam Bajet 2021, Kementerian Kewangan telah meluluskan dua projek rintis iCON iaitu iCON Yan yang terletak di Gua Chempedak dan iCON Baling yang terletak di Pekan Baling, Kedah. Kedua-dua lokasi pembangunan iCON menghadapi masalah kemiskinan tegar yang tinggi.

“Sebagai pemangkin pusat kegiatan ekonomi, iCON Yan dan iCON Baling bakal menyediakan landasan kepada usahawan dan komuniti luar bandar dengan pasaran di bandar yang lebih luas.

"Dalam masa yang sama, iCON dapat memperkasa budaya keusahawanan di kalangan masyarakat tempatan melalui penglibatan dalam aktiviti perniagaan,” kata beliau.

Katanya, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) berpotensi dan disokong oleh program Modal Insan NCIA seperti entrepreneurNCER, Dana Usahawan (DU@NCER) dan empowerNCER akan menerajui aktiviti ekonomi di kawasan iCON tersebut.

“EntrepreneurNCER bermatlamat untuk membantu usahawan mikro serta perusahaan kecil dan Sederhana mengembangkan perniagaan melalui kemudahan pembiayaan dan program latihan bimbingan dengan kerjasama Maybank dan Agrobank.

“Sehingga kini program entrepreneurNCER telah memanfaatkan 2,557 usahawan daripada pelbagai sektor seperti penanaman padi, pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan, pembuatan dan pertanian di negeri Kedah,”ujar beliau.

Maklum beliau lagi, seramai 25 usahawan dipilih menyertai program entreprenuerNCER-SIRIM dan akan dilatih dalam aspek pengurusan kualiti, penjenamaan dan pelabelan, Pensijilan Keselamatan dan Tanggungjawab Makanan Industri (MesTI) di bawah Kementerian Kesihatan dan pensijilan Halal.

Dalam perkembangan yang sama, telah termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara NCIA dan Al-Hadad Manufacturing Sdn Bhd. Al-Hadad Manufacturing Sdn Bhd akan menjadi syarikat perintis di iCON dan akan bakal membangunkan Al-Hadad Mart dan Qah Wah Café.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan