Header Ads

test

29 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN AWAL PENGAJIAN







29 PELAJAR TERIMA SUMBANGAN AWAL PENGAJIAN


KUPANG - Seramai 29 pelajar terima Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (i-BAKIPT) di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad (B) berkata, sumbangan ini diberikan agar dapat membantu kewangan pelajar pada awal kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

"Ada emak ayah yang menoreh getah, ada yang jual pucuk paku di pekan hari, jual kuih dan nasi lemak demi kepentingan pelajaran kita.

"Gunakanlah nikmat (bantuan) betul-betul. Ingat emak dan ayah kita di kampung. Mereka buat macam-macam aktiviti ekonomi demi kepentingan pelajaran kita," ujar beliau.

Katanya, mereka yang bakal melanjutkan pengajian di ibu kota perlu mempunyai jati diri yang kuat supaya tidak mudah terjebak dengan kejutan budaya yang boleh mempengaruhi masa depan seseorang.

Beliau yang juga ADUN Kupang berkata, kerajaan negeri berharap untuk melihat anak-anak di IPT berjaya dalam bidang yang diceburi.

Hadir sama, Penolong Pegawai PKWR DUN Kupang, Ustaz Hassan Saad.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan