Header Ads

test

SOP KE LANGKAWI DIPERKETATKAN














Sejak pembukaan gelembung pelancongan pada 16 September yang lalu sehingga hari ini kemasukan pelancong ke Pulau Langkawi amat menggalakkan.

Kita dapat lihat kesiap siagaan barisan hadapan (frontliner) yang bertugas dalam memastikan keselamatan para pelancong yang akan ke Pulau Langkawi.

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kuala Kedah, Dr. Mohammad Irfan Zulfi Mohammad Razif yang bertugas di jeti Kuala Kedah, pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan ke Pulau Langkawi dilaksanakan dengan begitu ketat bagi memastikan setiap pelancong bebas dari jangkitan virus Covid-19.

“Setiap pelancong yang hadir samada di jeti atau lapangan terbang bukan sahaja perlu lengkap dua dos vaksinasi (tempoh matang dua minggu) malah mereka diwajibkan menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RTK-Antigent atau kit ujian kendiri saliva) sebelum dibenarkan masuk.

“Sehingga hari ini di jeti Kuala Kedah hanya 4 individu yang telah disahkan positif dan tidak dibenarkan masuk ke Langkawi”, katanya.

Dengan SOP yang ketat ini diharap dapat menjayakan gelembung pelancongan Langkawi seterusnya membawa kepada pembukaan destinasi pelancongan yang lain lagi.

Tiada ulasan