Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI TEKAD BANGUNKAN SUNGAI BATU ALOR SETAR


KERAJAAN NEGERI TEKAD BANGUNKAN SUNGAI BATU

ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor tekad mengangkat Tapak Arkeologi Sungai Batu di Merbok.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai hasrat yang tinggi untuk menaik taraf akan tetapi memerlukan bajet yang tinggi mencecah RM100 juta.

“Antara usaha boleh dibuat ialah mengadakan kerjasama dengan pihak swasta untuk dibuat Private Finance Iniciative (PFI) kerana kosnya yang terlalu tinggi dan dilakukan perkongsian dalam usaha membangunkan tapak tamadun Asia Tenggara ini pada masa hadapan.

“Saya juga akan membuat rundingan dengan YAB Perdana Menteri dan syarikat-syarikat yang berminat untuk projek evakuasi bahan-bahan sejarah. Melalui penerokaan ruang, tinggalan serta monumen, kita dapat jadikan Sungai Batu sebagai tapak pelancongan sejarah setanding dengan Borobudur dan Angkor Wat,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika sesi menjawab persoalan ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Asmirul Anuar Aris di perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau juga menepis tuduhan berkaitan dengan isu kerajaan negeri ingin langgar tapak kajian tersebut.

“Kerajaan telah membuat keputusan untuk membina jalan kampung di sempadan antara lot 1900 ni dengan lot bersebelahan di mana ada penghuni-penghuni termasuk di atas tapak cadangan jalan ni ialah kontena yang menempatkan peralatan para pengkaji.
“Ini yang menjadi polemik sebenarnya, dan orang yang tidak faham isu ni akan berkata kerajaan negeri melanggar tapak kajian itu. Sebenarnya kontena itu duduk atas tapak yang termasuk sedikit lot sebelah lot tanah kerajaan negeri.

“Sebenarnya itu tak benar, kita akan minta para pengkaji ubah sedikit kontena mereka. Supaya laluan jalan tu daripada atas tapak Jabatan Warisan Negara ini dapat pindah masuk ke tanah kerajaan negeri. Ini usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk menjamin usaha-usaha untuk mendapatkan pengiktirafan daripada daripada pihak UNESCO ke atas tapak tersebut dapat disegerakan,” ujar beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan