Header Ads

test

200 BELIA SERTAI SUKAN PERMOTORAN LASAK



200 BELIA SERTAI SUKAN PERMOTORAN LASAK

KUALA NERANG – Seramai 200 belia menyertai Program Kejohanan CubCross Siri 1 2021 di Trek Motocross Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang, baru-baru ini.

Program ini merupakan anjuran Pertubuhan Masyarakat Prihatin Padang Terap (PRIHATIN) kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang, Pejabat Belia & Sukan Padang Terap dan Felcra Berhad Kawasan Bukit Tampoi.

Program ini dirasmikan oleh ADUN Kuala Nerang, YB Haji Munir Zakaria.

Menurut Pengerusi PRIHATIN, Ustaz Habibullah Salleh, sukan ini menampilkan lima kategori dipentandingkan iaitu Cub Standard, Cub Open, Veteran Open, CKD dan Enduro Open.

“Matlamat sukan yang kita laksanakan ini adalah untuk mengasah bakat golongan muda serta menggalakkan mereka berlumba motosikal di tempat yang sepatutnya,” ujar beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"




 

Tiada ulasan