Header Ads

test

ADUN SUNGAI LIMAU, PELAJAR PASCASISWAZAH UUM AGIH BERAS SEJAHTERA



ADUN SUNGAI LIMAU, PELAJAR PASCASISWAZAH UUM AGIH BERAS SEJAHTERA

SUNGAI LIMAU – Seramai 25 penduduk terima sumbangan Bantuan Beras Sejahtera dan kit makanan daripada ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat di Kampung Nyior dan Kampung Choras, Bukit Besar.

Sumbangan ini diberikan kepada penduduk terpilih dalam Program Sumbangan Beras Sejahtera dan Bakti Siswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung di Surau Al-Fattah, Kampung Nyior dan Masjid Bukit Choras Dalam.

Menurut YB Mohd Azam, program ini adalah kerjasama melibatkan enam pelajar pascasiswazah pengajian jarak jauh (PJJ) daripada UUM.

“Sepatutnya ia dilaksanakan lebih meriah dan melibatkan semua penduduk kampung dalam aktiviti gotong royong, ceramah kesihatan dan keselamatan.

"Tetapi, disebabkan pandemik COVID-19 yang semakin merebak, pihak universiti tidak membenarkan program yang bersemuka melibatkan ramai peserta dilaksanakan,” ujarnya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


 

Tiada ulasan