Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI PERKASA PERANAN MASJID

 



KERAJAAN NEGERI PERKASA PERANAN MASJID

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan memperkasa peranan dan kedudukan masjid di negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan, YB Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad (B) berkata, masjid adalah tunggak utama penyebaran agama Islam.

"Melihat kepada besarnya peranan dan kedudukan institusi masjid di dalam Islam, saya merasa terpanggil untuk merencanakan agenda pemerkasaan institusi masjid di negeri Kedah ini.

"Sebagai salah satu platform yang paling signifikan dengan pengurusan masjid-masjid, saya memilih Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) untuk membantu melaksanakan agenda pemerkasaan ini," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Muzakarah Imam Negeri Kedah Zon Utara di Dewan Ukir Mall, baru-baru ini.

Katanya, kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan program dan aktiviti keagamaan demi memangkin keberkesanan penyampaian agenda pembangunan ummah melalui institusi masjid di masa hadapan.

"Di samping itu, ia dapat meningkatkan mutu penyampaian khutbah agar mesej dan panduan keagamaan yang digarap di dalam khutbah," katanya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan