Header Ads

test

NGO ISLAM SOKONG HENTI LESEN JUDI

 








NGO ISLAM SOKONG HENTI LESEN JUDI

ALOR SETAR: 20 NGO Islam menyokong penuh keputusan kerajaan negeri menghentikan lesen premis perjudian.

Antara NGO terlibat adalah Skuad Badar, Skuad Kubra, Pertubuhan Kebajikan Al-Amin, Pertubuhan Sirah Malaysia, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Pertubuhan Penggerak Dakwah Ekonomi & Kebajikan Amal Malaysia (PENDEKA), Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah, Pertubuhan Amal Kebajikan Muafakat Jaya Malaysia (PAMJ) dan Pertubuhan Kebajikan Gagasan Jemaah Islamiah Malaysia.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Ketua Pegawai Khas Menteri Besar, Zulkifli Yahya di Wisma Darul Aman.

Pada 14 November lalu, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan mengeluarkan lagi lesen premis judi nombor 4D di seluruh negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Maklum Menteri Besar, keputusan tersebut diambil bagi memastikan negeri ini bebas judi kerana aktiviti itu mengundang kerosakan dan keruntuhan institusi keluarga serta memudaratkan masyarakat.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan