Header Ads

test

SAMBUTAN BULAN KELUARGA DISAMBUT BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI







SAMBUTAN BULAN KELUARGA DISAMBUT BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

BALING – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Kebajikan, YB Dato’ Halimaton Shaadiah Saad hadir merasmikan program Sambutan Bulan Keluarga Malaysia peringkat Negeri Kedah di perkampungan Orang Asli di Ulu Legong, semalam.

Katanya, sambutan Bulan Keluarga adalah bertujuan membina kesedaran di kalangan masyarakat untuk memperkukuhkan institusi kekeluargaan dalam sosioekonomi negara.

“Bulan November setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan sejak tahun 2012.

“Sambutan ini selaras dengan dasar keluarga negara yang bertujuan membina sebuah institusi keluarga sejahtera, sihat, teguh dan berdaya tahan,” ujar beliau.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada urus setia yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Hadir sama, ADUN Bayu, YB Nasir Idris.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


 

Tiada ulasan