Header Ads

test

PERANAN PPCNK SEMAK, IMBANG TADBIR URUS KERAJAAN NEGERI

 







PERANAN PPCNK SEMAK, IMBANG TADBIR URUS KERAJAAN NEGERI

ALOR SETAR: Persatuan Pembayar - Pembayar Cukai Negeri Kedah (PPCNK) diharap terus memainkan peranan penting dalam proses semak dan imbang kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah selaras dengan tujuan penubuhannya.

Peringatan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kedah, Haji Zulkifli Yahaya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pembayar - Pembayar Cukai Negeri Kedah di The Jerai Hotel, Alor Setar, petang tadi.

“Saya difahamkan persatuan PPCNK ini ditubuhkan pada tahun 2000 diatas cetusan idea oleh MB Kedah, Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Sanusi Junid untuk dijadikan mata dan telinga kepada pihak kerajaan untuk kebaikan dan faedah kepada rakyat dan negeri amnya,” ujar Haji Zulkifli.

Haji Zulkifli turut menyeru agar pihak persatuan tersebut yang mewakili seluruh pembayar cukai di Kedah agar tidak berkompromi dan bersuara menegur pihak kerajaan negeri sekiranya membelanjakan duit rakyat secara tidak berhemah serta membazir.

“Saya minta PPCNK berperanan menegur kerajaan supaya tidak berlaku pembaziran atau penyalahgunaan wang kerajaan dalam urus tadbir negeri.

"Semua rakyat, tak kira kaya atau miskin adalah pembayar cukai kepada kerajaan, justeru rakyat berhak untuk pastikan setiap sen dibelanjakan secara betul,” tambahnya lagi.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan