Header Ads

test

PERKAMPUNGAN SERI BANIAN MARTABAT BUDAYA MELAYU

 











PERKAMPUNGAN SERI BANIAN MARTABAT BUDAYA MELAYU

PENDANG - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara mengambil inisiatif menganjurkan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMSB) : Nostalgia Zaman Silam bagi mempromosikan produk dan identiti seni budaya negeri ke peringkat yang lebih tinggi.

Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Wan Romani Wan Salim berkata, program yang julung-julung kali diadakan di Kampung Adat Melayu Seri Banian, Pendang ini akan terus menaikkan martabat keunikan budaya dan adat masyarakat negeri Kedah.

Katanya, penganjuran ini juga dapat mendekatkan pelancong dan rakyat dengan aktiviti tempatan yang mempunyai keunikan tersendiri.

“Banyak aktiviti yang ada di sini antaranya demonstrasi memasak makanan tradisional, penghasilan tanjak dan sarung senjata.


“Saya juga sempat menyaksikan penghasilan wau tradisional Kedah dan persembahan seni silat tradisional Melayu. Tambahan pula, makanan di sini memang sedap dan banyak jenis makanan tradisional yang sukar didapati di luar ada disajikan di sini,” katanya.

YB Romani berkata demikian ketika merasmikan program bagi mewakili Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Program Merakyatkan Seni Budaya, semalam.

Katanya lagi, aktiviti sebegini juga dapat meraikan gabungan masyarakat berbilang kaum dan membawa keharmonian tanpa ada yang terpinggir.





Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Norazman Othman, Exco Kerja Raya merangkap ADUN Sungai Tiang, YB Dato' Suraya Yaacob, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusop dan Pegawai Daerah Pendang, Ilias Shuib.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”














Tiada ulasan