Header Ads

test

KEDAH SUMBANG RM200,000 KEPADA SELANGOR


KEDAH SUMBANG RM200,000 KEPADA SELANGOR

SELANGOR –Kerajaan Negeri Kedah menyumbangkan RM200,000 kepada Kerajaan Selangor atas musibah banjir yang berlaku.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sumbangan tersebut diberikan sebagai tanda kebersamaan Kedah dengan seluruh mangsa banjir di Selangor.

“Mungkin dengan bencana yang besar ini, RM200 ribu jumlah yang kecil tetapi bagi negeri Kedah ini terlalu besar.

“Tetapi kita (Kedah) tetap menunjukkan komitmen kebersamaan kita dengan negeri Selangor dan kita ketahui ramai juga orang Kedah bekerja di sini,” ujar beliau kepada sidang media di Majlis Pelancaran Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Maklum beliau, Kedah turut menghantar lebih 500 sukarelawan bagi membantu Misi Khidmat Malaysia yang ditempatkan di Daerah Kajang dan ditugaskan di Sungai Lui.

Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan kerajaan Selangor bersetuju untuk menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada keluarga mangsa terkorban dan RM1,000 kepada setiap keluarga terkesan banjir.

“Saya berharap individu atau sesiapa sahaja yang dermawan dapat menghantar atau memberikan sumbangan kepada Tabung Selangor Bangkit ini. Setiap sen yang diberikan kita akan gunakan sehabis baik kepada mangsa-mangsa banjir terlibat, ” ujar beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan