Header Ads

test

SAMA-SAMA TUKAR PENDAPAT DAN KONGSI PENGALAMAN MUSIBAH BANJIR





SAMA-SAMA TUKAR PENDAPAT DAN KONGSI PENGALAMAN MUSIBAH BANJIR

Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari menjemput YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor ke pejabat beliau sebelum berlangsung majlis pelancaran Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit.

Kata Amirudin, Kedah dan Kelantan merupakan negeri terawal yang memberikan sumbangan.

Haji Sanusi sebelum ini mengumumkan Kedah menyumbang RM200 ribu untuk Selangor bagi tabung bencana banjir.

Beliau turut memaklumkan Kedah membawa bersama tenaga sukarelawan yang membantu dalam proses bekalan air masyarakat ketika bencana kepala air di Yan baru-baru ini untuk membantu mangsa banjir terutamanya di kawasan Hulu Langat.

“Selain tolong cuci, Kedah akan bantu untuk pastikan saluran air bantuan ini dapat difungsikan, ini akan kami bantu macam kami buat di Yan.” Jelas beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan