Header Ads

test

20 WARGA SIAM TERIMA BERAS SEJAHTERA




20 WARGA SIAM TERIMA BERAS SEJAHTERA

KUALA NERANG - Seramai 20 orang warga Siam di Kampung Tanah Merah menerima sumbangan Beras Sejahtera daripada Kerajaan Negeri Kedah.

Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Kuala Nerang, YB Haji Munir Zakaria di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kuala Nerang.

“Sumbangan Beras Sejahtera ini adalah atas keprihatinan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bagi merealisasikan slogan 'Kedah Negeri Tempat Orang Miskin Berteduh, Orang Kaya Berbakti'.

“Malah sumbangan ini diberikan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik,” ujar beliau.

Turut hadir, Ketua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Som Phong.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan