Header Ads

test

ADUN AYER HITAM BERI BANTUAN KEPADA 25 WARGA TIONGHUA


ADUN AYER HITAM BERI BANTUAN KEPADA 25 WARGA TIONGHUA
 
AYER HITAM – Seramai 25 warga Tionghua menerima bantuan Hari Raya Cina di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam, baru-baru ini.
 
Sumbangan berbentuk wang tunai, hamper dan sekotak buah limau mandarin itu disampaikan oleh ADUN Ayer Hitam, YB Haji Azhar Ibrahim dan diiringi Pengarah PKWR, Abdul Hadi Omar.
 
"Kita sebagai orang yang hidup bermasyarakat mestilah saling menjaga, prihatin antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, bangsa ataupun agama.

"Kita layan semua kaum sama rata seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan dan undang-undang.

"Insya-Allah, jika diberi kesempatan, saya akan turun ziarah rumah-rumah warga Tionghua pada Tahun Baru Cina nanti,"ujarnya. 
 
Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor atas sumbangan yang diberikan ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

 

Tiada ulasan