Header Ads

test

EXCO KEBAJIKAN AGIH BANTUAN TAHUN BARU CINA



EXCO KEBAJIKAN AGIH BANTUAN TAHUN BARU CINA

JITRA – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan sumbangan kepada 300 masyarakat Tionghua yang tidak berkemampuan di dalam DUN Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan ini diadakan di tiga lokasi iaitu di Pekan Napoh, Pekan Tunjang dan Pekan Changlun.
“Saya berharap masyarakat Cina pada tahun ini dapat menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana yang lebih meriah serta mengutamakan SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan beras sejahtera kepada 520 penerima melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Bukit Hitam.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan