Header Ads

test

JUALAN KELUARGA MALAYSIA TAWAR HARGA LEBIH MURAH




JUALAN KELUARGA MALAYSIA TAWAR HARGA LEBIH MURAH

ALOR SETAR - Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah menerima sambutan ramai daripada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Wan Romani Wan Salim berkata, program ini adalah inisiatif kerajaan bagi membantu menangani isu kenaikan harga barang yang kian meruncing.

“Saya melihat banyak barang keperluan yang dijual di bawah harga pasaran.

“Rata-rata pengunjung yang saya temui tadi menyatakan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menjalankan program ini ketika ini,” ujar beliau ketika ditemui di Tapak Pekan Nat Langgar dan Pasaraya Lotus, Alor Setar, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kedah, Sekar A/L Raman.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan