Header Ads

test

KEDAH SIAP SIAGA BERDEPAN BENCANA BANJIR


KEDAH SIAP SIAGA BERDEPAN BENCANA BANJIR

SUNGAI PETANI - Kedah bersiap siaga dengan segala kemungkinan berlaku bencana banjir susulan ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor meminta semua rakyat bersedia dan peka dengan segala perubahan cuaca.

"Kepada semua rakyat Kedah, saya mohon untuk sentiasa peka terhadap apa-apa perubahan, amaran atau peringatan daripada agensi-agensi berkaitan.

"Kalau perlu kepada perpindahan, ada agensi dan jabatan akan menguruskan. Sila ikut arahan dan selamatkan diri. Yang penting selamatkan nyawa dulu selepas itu baru kita fikir berkaitan dengan harta benda," ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas Program Kayuhan Santai Kedah Sejahtera di Dataran Jam Besar, Sungai Petani, hari ini.

Kata beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memaklumkan berkaitan ramalan ini dan semua agensi di Kedah telah bersiap sedia berdepan bencana ini.

"Semua agensi telah bersedia. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga meminta kerajaan untuk menambah 10 bot penyelamat. Kita sedang usahakan pembelian.

"PDRM sahaja sudah ada 16 unit, bilangan tersebut tidak termasuk Jabatan Laut Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," ujar beliau.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan