Header Ads

test

PESAKIT SARAF TERIMA BANTUAN KATIL HOSPITAL

 


PESAKIT SARAF TERIMA BANTUAN KATIL HOSPITAL

POKOK SENA – Zainab Mad Noor yang menderita sakit saraf menarik nafas lega apabila menerima sumbangan katil hospital, semalam.

Sumbangan ini disampaikan oleh Exco Penerangan merangkap ADUN Bukit Pinang, YB Wan Romani Wan Salim di Kampung Hutan Gelam.

Difahamkan, suaminya Abu Bakar Jusoh yang dikenali sebagai Pak Leh mencari rezeki dengan mengambil upah menjual ikan di Pekan Langgar.

“Saya dimaklumkan juga bahawa kesihatan Pak Leh terlalu uzur untuk bekerja namun terpaksa keluar mencari rezeki demi kelangsungan hidup mereka berdua.

“Kita harapkan dengan sumbangan katil ini akan memudahkan Kak Zainab untuk berehat dan kembali sihat,” ujarnya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan