Header Ads

test

LATA BUKIT HIJAU BAKAL DISELENGGARA



LATA BUKIT HIJAU BAKAL DISELENGGARA

KUALA KETIL – ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria (B) turun meninjau Lata Bukit Hijau yang terbiar lama tanpa selenggaraan.

Menurut beliau, lata ini merupakan tempat rekreasi utama yang selalu dikunjungi orang awam.

“Lata ini menjadi lokasi utama pelancongan di Baling untuk aktiviti berkumpulan seperti riadah, meredah hutan serta menikmati keindahan alam.

“Sudah sampai masanya ada pihak berwajib mengambil peranan serta diberi tanggungjawab bagi mengembalikan lata ini menjadi lokasi pelancongan utama daerah Baling,” ujarnya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan